Translate This Page!

Saturday, 19 May 2012

Benefits of Rejab - 22 May 2012- 20 June 2012


Take advantage of the privileges of Rejab (22 May 2012-20 June 2012)

 "The Prophet saw said: 'Do you honor the month of Rajab, Allah honored you with a thousand virtues in the Day of Judgment. 

Do'anya effective early night of Rajab. (In the Book of Imam Nawawi Raudhoh)  Fasting a day in the month of Rajab get the highest heaven (paradise).

* Fast intensified two days wages.Fasting three days in the month of Rajab as long trench, which prevent him to hell (the length of travel per year).

* Fast four days in the month of Rajab diafiatkan from demolition and from a major illness and from the trial of the Devil in the Day of Judgment.

* Fast five days in the month of Rajab, safe from the torment of the grave.Fasting six days in the month of Rajab, out of the grave, his face shining.

* Fast seven days in the month of Rajab of the seven gates of hell closed.

* Fast-eight days in the month of Rajab, the eight gates of heaven opened for him.Fasting in the month of Rajab nine days out of the tomb, and, uttering the two clauses Shahadah and not rejected him from entering heaven.

* Fast 10 days in the month of Rajab Allah made him stop at Titi Sirotolmustaqim overlays on each stone on the Day of Judgment.

* Fast 16 days in the month of Rajab will be able to see the face of God in heaven and the first person to visit Allah in heaven.

* Fast 19 days in the month of Rajab, built him a castle in front of the castle Prophet Abraham and Prophet Adam as.

* Fast 20 days in the month of Rajab, forgiven all his previous sins. Then began to do things than the old (renewal age). R.a Ali said:* Fasting Rajab fasting 13 days as three thousand years.

* Fasting Rajab 14 days as reward of ten thousand years. 

* Fasting Rajab 15 days as fast a hundred thousand years.  Fast day in the month of Rajab, such as fasting forty years and made to drink water from heaven. Fasting 10 days in the month of Rajab as two wings, flew like lightning on the Day of Resurrection Sirotalmustaqim Titi. Fast day in the month of Rajab equivalent to a lifetime of worship. 


Rajab month of sowing the seed.SYA'ABAN is the month of watering the plants.

RAMADHAN is the harvest month. Rajab would purify his body.

SYA'ABAN purify their hearts.RAMADHAN purify the soul.

Rajab month of repentance.

SYA'ABAN month of goodwill.

RAMADHAN are abundant with rewards.

p/s: directly translated using GTranslate from previous note written in Malay language.

Sunday, 13 May 2012

Apa itu ISTIDRAJ?


Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan  spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".Kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.Kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan Terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Apakah dia istidraj itu? 
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian Itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. 

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah.Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah,orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan  tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit,bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan  Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya Untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmatpemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam.