Dinamakan juga dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri yang di sini, maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum Musyrikin.
Surah ini diturunkan di Madinah sesudah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina 'Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.
AYAT 128-129 :
Bacaan Rumi : Laqad jaakum rasulun min anfusikum AAaziizun AAalayhi ma AAanittum hariisun AAalaykum bilmu' minina ra ufur rahiim. Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAaziim
Terjemahannya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
RAHSIA & FADILATNYA SURAH AT-TAUBAH :-
1. Membaca Surah At Taubah akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.
2. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah At Taubah, di kedai atau di tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
3. Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah iaitu ayat 128 & 129 sebanyak 7 kali ulang sesudah solat fardu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib, maka :-
a. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
b. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
c. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
d. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
e. Terhindar dari sihir.
f. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
g. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
h. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat melangsaikan hutang-hutangnya.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” - Riwayat al-Baihaqi
4. Ayat 128 – 129 hendaklah dibaca sekali setiap selesai melakukan solat fardhu, insyaAllah orang yang mengamalkannya akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di hari perhitungan kelak.
5. Mengamalkan ayat 128 – 129 sangat baik kesannya untuk menolak sebarang penyakit.
6. Laits bin Sa’ad r.a. meriwayatkan: Ada seorang yang patah paha dalam satu kemalangan, mendapat mimpi seseorang menyuruhnya meletakkan jarinya di atas paha yang patah itu sambil membaca ayat 129 seratus kali. Setelah orang tersebut terbangun, dia melakukan sebagaimana yang dianjurkan mimpinya. Tidak berapa lama kemudian, dia merasakan pahanya yang patah itu sudah sembuh.
7. Ayat 129 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga. Amalkannya ayat ini dengan membacanya tujuh kali selepas Solat Subuh dan tujuh kali selepas Solat Maghrib dengan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang dapat memberi pertolongan. InsyaAllah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia dan akhiratnya.
8. Ayat 129 ini adalah ayat pendinding.
9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
10. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
11. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment