Translate This Page!

Sunday, 15 March 2015

SYIFA WANITA : Sihir Pemisah

Mengikut Surah Al-Baqarah (2:102)…"...Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka..."

Tanda2 seperti benci kepada pasangan secara tiba2 dan menjadi pemarah.

CARA RAWATAN
-          Baca Surah Al-Fatihah
-          Surah Ar-Rum (ayat 21), dibaca dengan meletak tapak tangan kanan pada dada kiri.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Mana yang elok, kita amalkan. Allah Maha Mengetahui (Wallahu’alam)

RUJUKAN
Syifa Wanita oleh Ustaz Sharhan Shafie, 2 Januari 2015, TV9, 11.00 pagi.

No comments: