Translate This Page!

Tuesday, 5 November 2013

Permasalahan dan Wasiat Luqman-al Haqim melalui Surah Luqman

Antara kelebihan Surah Luqman ini adalah : Barangsiapa yang membaca Surah Luqman..nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit,, terutamanya dari penyakit-penyakit perut. Barangsiapa pula yang membaca ayat 31 dari Surah Luqman ini,, nescaya akan terselamat dari bencana banjir...


Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.
Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir': "Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.
U/P :
  1. Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
  2. Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.
Permasalahan Pertama:
Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t.adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta )dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan.

Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua:
Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.

Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

Permasalahan Ketiga:
Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.
Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:
Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.


Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"

Permasalahan Kelima:
Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yangAllah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!
Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "

Permasalahan Keenam:
Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:
Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t.mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.
Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan olehAllah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Permasalahan Kelapan:
Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).
Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:
Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:
Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suamiisteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.
Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:
Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.
Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"

Permasalahan Kedua Belas:
Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

Permasalahan Ketiga Belas:
Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan besederhanalah dalam berjalan"

Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)
Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"

Sunday, 3 November 2013

Defining Allah to The Non-Muslims



The best definition that I can give of Allah (SWT) of God Almighty from the holy Qur’an is Surah Ikhlaas, Ch. No. 112, which says …Arabic… ‘Allah the absolute and eternal’, meaning, he is absolute, he is eternal. He has no beginning, he has no end, he is the one who helps other people but does not require help…Arabic… ‘Allah, the absolute and eternal’…Arabic… ‘He begets not nor is he begotten’, he has no father and mother. He has got no children, no begotten children…Arabic… ‘And there is nothing unto him like in this world’. There is nothing comparable to him in this world. The moment you can compare Allah (SWT) to anyone, he is not Allah (SWT) …Arabic… this is a four line definition of Allah (SWT). If anyone who you claim to be God Almighty, who you claim to be Allah (SWT) fits in this four line definition, we Muslims, we have got no objection to accept him as God Almighty. To accept him as Allah (SWT) what… which are your candidates, bring your candidates one by one. Some may say, that Bhagwaan Rajneesh Osho, he is God Almighty. Let us put him to test. The first criteria is…Arabic… ‘Say he is Allah one and only’, Rajneesh – we have several people like Rajneesh. We have plenty of them in our country, but still a follower of Rajneesh will say no, Rajneesh is unique, he is the only one. Okay give him a chance, okay let him pass the first test. No problem.

The second test is…Arabic… ‘Allah the absolute and eternal’. He does not require any help. He is the person who helps other people. Rajneesh we know very well, he was suffering from ‘Asthma’ from ‘Diabetes’. He could not cure his own disease, what will he cure your disease and my disease. When he went to America, he was imprisoned by the American government, imagine God being imprisoned. He could not free himself, how will he free you and me when we are in trouble and then he gives a statement that they gave me poison, slow poisoning. Imagine God can be poisoned? Put him to test, the Archbishop of Greece said that if you do not throw this godman Rajneesh out we will destroy his houses and the houses of his disciples and the president had to throw him out of Greece. Is he absolute and eternal?

The third test…Arabic… ‘He begets not nor is he begotten’, I do not know how many children’s he had but I do know that he had a father and a mother. He was born on the 11th of December 1931 in Jabalpur and he died on the 19th of January 1990. But when you go to his center in Pune, there it is mentioned ‘Bhagwaan Rajneesh – never born, never died, but visited the earth from the 11th of December 1931 to 19th January 1990’. They did not mention that he was not allowed to enter 21 countries of the world. He was not given the visa. He tried to enter he could not enter 21 countries. Imagine God is visiting the world, God is visiting the world, he cannot visit 21 countries. Is this the God you believe in? And the last test…Arabic… ‘And there is nothing, there is nothing like him in this world, there is nothing. There is nothing comparable, the moment you can think what God is, you can draw his figure he is not God. We know very well that Rajneesh, he had long hair, he had a big flowing beard which was white in color, he wore a robe, the moment you can think you can draw a picture of God, he is not God…Arabic… If you say that God Almighty suppose is a thousand times as strong as Arnold Schwarzenneger, do you know Arnold Schwarzenneger? He was crowned Mr. Universe – the strongest man in the world. If you say that God Almighty is a thousand times as strong as Arnold Schwarzenneger or Dara Singh or may be King Kong, he is not God. The moment you can compare him with anyone whether a thousand times. whether a million times, whether ten million times.

The moment you compare him with anything, he is not God…Arabic… ‘There is nothing unto him like in this world', I leave it upto the distinguished audience, the intellectual audience to decide for themselves that whichever God they are worshipping, let them put their God to test. To this 4 test of the Qur’an, if the God you are worshipping, if they pass these 4 test, we Muslims, we have got no objection in accepting him as God Almighty. 


Source copied from:Dr. Zakir Naik Lecture Series, Is the Quran God's Word?, Accessed on 3rd Nov 2013. http://banglakitab.wordpress.com/islamic-book/is-the-quran-god%E2%80%99s-word-part-one-by-dr-zakir-naik/ 

Friday, 25 October 2013

The Al-Qur'an Answers ALL of Your Questions.

Why am I being tested so much?
Quran answers: “Do men think that they will be left alone saying, ’We believe’, and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false.” [29:2-3]

Why do I never get what I want?
Quran answers: "It is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing, which is bad for you. But Allah knows, while you know not.” Surah Al-Baqarah [2:216]

Why am I burdened this way?
Quran answers: “Allah does not place a burden to a soul greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns.” Surah Al-Baqarah [2:286] AND“So verily, with every difficulty there is relief: (repeated) Verily, with every difficulty there is relief.” Surah Al-Insyirah [94:5-6]

Why do I lose hope?
Quran answers: “So lose not heart, nor fall into despair…” Surah Al-Imran [3:139]

How can I face the problems in life?
Quran answers: "O you who believe! Persevere in patience and constancy; vie in such perseverance; strengthen each other; and fear Allah that you may prosper.” Surah Al- Imran [3:200] AND“And seek (Allah’s) help with patience, perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a humbly submissive (to Allah).” Surah Al-Baqarah [2:45]

What do I get for all these I'm going through?
Quran answers: “Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and properties (in exchange) for that they will have the garden (of Paradise) …” Surah At-Taubah [9:111]

On whom can I depend?
Quran answers: “(Allah) suffices me: there is no god but He: On Him is my trust- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme.” Surah At-Taaubah [9:129]

But I can’t take it anymore!
Quran answers: “…and never give up hope of Allah’s Soothing Mercy; truly No one despairs of Allah’s Soothing Mercy except Those who have no faith.” Surah Yusuf [9:87] AND“Despairs not of the Mercy of Allah: for Allah forgives All sins for He is Often- For giving, Most Merciful.” Surah Az-Zumar [39:53]

Source copied from:
Niqabi Nuances - The beauty and freedom of Islam from a Niqabi's perspectives. Accessed on 25th Oct 2013. http://niqablovers.blogspot.com/2013/10/the-quran-has-all-answers.html

Thursday, 10 October 2013

Rahsia Surah at-Tawbah (The Repentance) - Ayat 128-129 (The Secrets of Surah at-Tawbah - Verses 128-129)

Dinamakan juga dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri yang di sini, maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum Musyrikin.  

Surah ini diturunkan di Madinah sesudah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina 'Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.

AYAT 128-129 :



Bacaan Rumi : Laqad jaakum rasulun min anfusikum AAaziizun AAalayhi ma AAanittum hariisun AAalaykum bilmu' minina ra ufur rahiim. Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAaziim

Terjemahannya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

RAHSIA & FADILATNYA SURAH AT-TAUBAH :-

1. Membaca Surah At Taubah akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.

2. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah At Taubah, di kedai atau di tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

3. Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah iaitu ayat 128 & 129 sebanyak 7 kali ulang sesudah solat fardu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib, maka :-

       a. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat       
       b. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia            
       c. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan       
       d. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan       
       e. Terhindar dari sihir.     
       f. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya     
       g. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.       
       h. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat melangsaikan hutang-hutangnya.       
       
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” - Riwayat al-Baihaqi

4. Ayat 128 – 129 hendaklah dibaca sekali setiap selesai melakukan solat fardhu, insyaAllah orang yang mengamalkannya akan memperolehi syafaat Rasulullah s.a.w. di hari perhitungan kelak.

5. Mengamalkan ayat 128 – 129 sangat baik kesannya untuk menolak sebarang penyakit.

6. Laits bin Sa’ad r.a. meriwayatkan: Ada seorang yang patah paha dalam satu kemalangan, mendapat mimpi seseorang menyuruhnya meletakkan jarinya di atas paha yang patah itu sambil membaca ayat 129 seratus kali. Setelah orang tersebut terbangun, dia melakukan sebagaimana yang dianjurkan mimpinya. Tidak berapa lama kemudian, dia merasakan pahanya yang patah itu sudah sembuh.

7. Ayat 129 adalah doa bertawakal kepada Allah SWT supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga. Amalkannya ayat ini dengan membacanya tujuh kali selepas Solat Subuh dan tujuh kali selepas Solat Maghrib dengan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang dapat memberi pertolongan. InsyaAllah, Allah SWT akan mencukupkan segala urusan dunia dan akhiratnya.

8. Ayat 129 ini adalah ayat pendinding.

9. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

10. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

11. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

Monday, 7 October 2013

The Significance of Zulhijjah

 ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ 
“And pilgrimage to the House is incumbent upon men for the sake of Allah, (upon) everyone who is able to undertake the journey to it.”  (Ali-Imran,3:97)

The Month of Zul-Hijjah

HIJJAH means: YEAR. “Zul-Hijjah ‘The Month of Hajj’ ” is the 12th& last month in the Islamic Calendar. It's called this because the Muslims complete the Greatest Annual Worship “HAJJ.” This is the way Allah rewards & honors the Muslims at the end of the year. This month is full of blessings.

Abu Saeed Khudri (RA) relates that The Holy Prophet sallallahu alaihi wassalam said: “The month of all the months is Ramadan and the month with the most honors is Zul-Hijjah.”
  
Significance of First 10 Days
  • Allah (SWT) says:“وَالْفَجْرِ      , By the dawn. “وَلَيَالٍ عَشْر     , By the ten nights (i.e. first 10 of Zul-Hijjah {according to a narration}.)” (Al-Fajr,89:1,2).
  • They are the most significant days, most beloved to Allah (SWT) & The Holy Prophet sallallahu alaihi wassalam testified to that. He has said: “There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah (SWT) than these ten days.” (Bukhaari)
  • Salmah (RA) Narrates that the Prophet sallallahu alaihi wassalam has said: "When the 1st-10th days of Zul-Hijjah start, one who intends to offer a sacrifice (of an animal) should not have his/ her hair/ nails trimmed until he/ she has offered his/ her sacrifice." (Muslim)
  • So once the moon is sighted until the sacrifice is done of the animal (whether that be on the 10th,11th or 12th) it is MAKRUH to cut nails & hair.

  
 Fast all 9 days and stand in Prayers (Tahajjud,Nafl,Qiyamul-Layl,etc.)
  •  It comes in a Hadith-e-Qudsi: "All the deeds of the son of Adam are for him, except fasting, which is for Me and I shall reward for it."
  •  Abu Huraira (RA) narrates that Rasulullah sallallahu alaihi wassalam said: “On no days is the worship of Allah desired more than in the first ten days of Zul-Hijjah. The fast of each of these days is equal to the fast of a whole year & the Ibaadah (worship) of each of these nights is equal to the Ibaadah of Laylatul-Qadr. (Tirmidhi & Ibne-Maajah).

The Holy Prophet (S) used to fast so therefore, it is a Sunnah to fast first 8 days & Mustahab on the 9th.

Increase in all good deeds
"So whosoever does good equal to the weight of an atom, shall see it; And whosoever does evil equal to the weight of an atom, shall see it." [Al-Zalzalah, 99:7-8]

  • Hazrat Ibne Abbas (RA) relates that The Holy Prophet (saw) said: “No days are as weighty with Allah and so liked by him for good deeds than the first ten days of Zul-Hijjah. So in these days increasingly read:
  • Tasbeehسُبْحَانَ الّله)     ), Tahleel (لاَاِلٰهَ إلّا الّله    ), Tahmeed (اَلْحَمْدُلِلّه    ) and Takbeer  (  الّلهُاَكْبَرْ    )." (Tabraani)
  • Send Salaam (Durood) on The Holy Prophet (saw) & The people of his family.
  • Use these 10 days to pray the Qur’an, pray it with meaning, reflect on it, understand it, and then implement it in your daily life.
  • We should repent sincerely to Allah (SWT) and to give up all kinds of disobedience and sin right away.
  • One of the best forms of worshipping Allah is to thank Him deeply and sincerely.
  • Give charity, honour parents, uphold ties of kinship, enjoin good & forbid evil.


The fast of The 9th of Zul-Hijjah "Yaumal Arafah (The Day of Arafah)"
  • Abu Qatadah Al-Ansari (RA) relates that The Holy Prophet (S) was asked about the sawm (fast) on the Day of Arafah (i.e. the 9th Zul-Hijjah). He (S) said: “It compensates for the minor sins of the past year and the coming year”. (Muslim)
  • The fast of ‘Yaumal Arafah’ has been emphasized by the Holy Prophet as a Mustahabb (desirable act) for those not performing Hajj. Therefore, it is extremely important that one fast.
  • On this day the Hajj pilgrims gather at Arafat, where they perform the most essential part of the prescribed duties of Hajj, namely, the ‘Wuqoof of Arafat’ (the stay in Arafat).
  • Rasoolullah (S) has said: “The most acceptable Du’aa is that which is made on the day of Arafat, and the best dua which the Prophets before me and I have said is:

 لاَاِلٰهَ إلّا الّلهُ وَحْدَهٗلَا شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَ هُوَ عَليَ كُلِّ شَٸٍ قَدِيْر
“There is no God besides Allah. He is alone. He has no partner. His is the Kingdom and for Him is all praises. And He has power over everything.”  (Tirmidhi)


The Takbiraat of Tashreeq
  • It is Waajib for every adult Muslim (male & female) to recite the “Takbiraaat of Tashreek” after every Fardh Salaah, from the Fajr of the 9th of Zul-Hijjah upto the Asr of the 13th of Zul-Hijjah (a total of 23 Salaahs).
  • Males should recite it loudly and females should recite it softly.

The Takbiraat of Tashreeq are:
اللهُ اَكْبَرْ و لِلهِ الْحَمْدْ لاَاِلٰهَ إلّا اللهُ واللهُ اَكْبَرْ  اللهُ اَكْبَرْ  اللهُ اَكْبَرْ

Translation: “Allah is the Greatest, Allah is the Greatest, There is no God except Allah and Allah is the Greatest, Allah is the Greatest and to Him belongs all praises. “


Eid-ul-Adha
  • Rasoolullah (saw) said: “Whoever stays awake & makes Ibaadah on the nights of Eid-ul-Fitr & Eid-ul-Adhaa his heart will not die on the day when all the hearts will be dead. (Targheeb)
  • Muaaz (RA) relates that Rasoolullah (S) said: “Jannah is Waajib for those who stay awake with the intention of making Ibaadah on the following nights: 8th,9th,10th of Zul-Hijjah, the night of Eidul Fitr & the night of the 15th of Sha’baan. (Targheeb)

Sunnahs of Eid-ul-Adha
1.    Wake up earlier than usual
2.    Brush the teeth with Miswaak
3.    Have a Ghusal (bath)
4.    Be well dressed in an Islamic manner. Dress in ones best clothes, not necessarily new
5.    Avoid eating before Eid Salaat -- it is best on Eid ul Adha that the first thing eaten should be the animal that that person has slaughtered. However, if slaughtering is not being done at home, then one should just wait until after the Eid Salaat to eat anything in order to get the reward of the Sunnah Insha Allah.
6.    MEN should go to the place of Eid Salaat early, walking if possible. Recite the Takbeeraat (of Tashreeq) aloud on the way to the place of Eid Salaat. Use different routes to and from the place of Eid Salaat. Use athaar.
.~~> And Allah knows best!


So why do we miss this golden opportunity? Seize the chance NOW and expose ourselves to His Divine Generosity and Mercy, ask Him to forgive us and guide us and set things aright. He will surely listen.

Wednesday, 18 September 2013

Awaluddin Makrifatullah (Mengenal Allah Pokok Agama)

"Kenalilah dirimu rata-rata, barulah Engkau mengenal Tuhanmu yang nyata"

Untuk mengenal diri iaitu dengan solat yang sempurna. Bermula solat Zuhur 4 rakaat Allah Subhana Wa Ta'ala jadikan tubuh insan, dua mata, dua telinga. Kisah Nabi Ibrahim alaihi salam...unsurnya api, pujinya Allahu Akbar. Asasnya sewaktu Nabi Ibrahim alaihi salam dibakar oleh Raja Namruth diwaktu Zohor, Nabi Ibrahim alaihi wassalam memuji Allah 4 kali dengan pujian Allahu Akbar. Jadi, unsur dalam diri insan iaitu pada mata dan telinga. Bila seseorang marah atau berang, perhatikan matanya dan telinganya akan merah menyala-nyala.Asar 4 rakaat, Allah jadikan tubuh insan 2 tangan dan 2 kaki. Nabinya Musa alaihi salam, unsurnya tanah, pujinya Subhan'Allah. Asasnya dalam Surah al-Baqarah ayat 55, yang terjemahannya seperti berikut:-

" Dan ingatlah waktu kamu menyangkal kepada Musa, katamu Wahai Musa kami tak akan beriman dan tak akan percaya kepadamu, sehingga kami dapat melihat Tuhanmu denga mata kepala kami sendiri, kerana itu kamu disambar petir. Peristiwa itu kamu saksikan sendiri."

Jadi unsur tanah dalam diri insan, cuba anda gosok kedua tangan dan kaki, biar sepuluh kali mandi, dalam sehari semalam tetap atau pasti mengeluarkan daki. Itulah unsur tanah dalam tubuh insan.

Maghrib 3 rakaat. Allah beri tubuh insan dua lubang hidung dan satu lubang mulut. Unsurnya angin pujinya Al-Haq. Asasnya dalam Hadith Nabawi waktu Nabi Isa masih diburu oleh tentera kafir Romawi (Rom), beliau melarikan diri bersama ibu tercintanya, Maryam alaihi salam ke puncak gunung Lebanon untuk bersembunyi. Ibunya adalah seorang yang soleh dan taat beribadah kepada Allah. Dia juga sering berpuasa. Kemudian, turunlah Nabi Isa dari gunung untuk mencari makanan untuk berbuka puasa ibunya. Tepat di saat matahari terbenam beliau pulang, didapati ibunya tidak bernyawa lagi.

Isha' 4 rakaat, Allah jadikan tubuh insan atau kelengkapan tubuh, iaitu tubuh depan, dan belakang, tubuh kanan dan kiri. Nabinya Daud alaihi salam. Unsurnya air, pujinya Alhamdulillah. Asasnya dalam hadith Nabawi iaitu Nabi Daud alaihi salam, Allah beri kepandaian tukang besi, jadi jika disiang hari kerjanya membuat pedang, panah, tombok dan baju besi. Hanya di waktu malamlah beliau memuji Allah. Allah memberi Nabi Daud alaihi salam kelebihan suara yang merdu dan lantang. Sehingga di dalam Hadith Qudsi Allah berfirman, "Tirulah Daud alaihi salam bertasbih atau memuji Allah. Apabila Nabi Daud alaihi salam bertasbih sehingga burung2 dan gunung-ganang ikut bertasbih. Unsur air dalam tubuh insan iaitu keringat atau peluh.

Subuh (atau Fajr) 2 rakaat, antara tubuh dan roh. Nabinya Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Pujinya Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah. Asasnya Surah Isra, ayat 1 yang berbunyi:-" Maha Suci Tuhan yang telah membawa seorang hambanya berjalan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang telah kami restui sekitarnya, untuk kami perlihatkan kepadanya beberapa tanda kami Tuhan Maha Mendengar, Maha Melihat"

Itulah solat 5 waktu sehari semalam diterima junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Jumlah rakaatnya ialah 17 kesemuanya. 17 sifat Allah di dalam tubuh insan. Jadi, solat 5 waktu dalam sehari semalam adalah Fardhu Ain yang wajib dilaksanakan. Tiada alasan untuk meninggalkannya. NAMUN apabila ada orang yang meninggalkan satu waktu solatnya jadi dirinya tidak akan sempurna. Apabila diri tidak sempurna, disitulah syaitan akan menguasai diri orang itu. Itulah sebabnya seseorang akan berbuat kemaksiatan.Apabila seseorang menjaga waktu solatnya, barulah terlaksana apa yang dikatakan "Inna Solata Tanha Anil Fahsa hi Wal Mungkar". Namun, kalau ingin tubuh menjadi insan kamil disisi Allah, bangkitlah pada tengah malam kerjakanlah Solat Sunat Tahajjud. Kemudian, ditutup solat sunat witir 3 rakaat dengan 2 kali salam.Solat sunat witir yang 3 rakaat itu ialah rakaat pertama Hati, rakaat kedunya Nyawa, rakaat ketiga Rahsia. Sebab didalam tubuh yang mempunyai roh itu Allah letakkan segumpal daging yang dinamakan Hati (Kalbu). Apabila hati itu baik dan bersih akan bersinarlah wajahnya. Tetapi bila hatinya syirik, dengki dan kotor (jahat) akan keruh dan buruklah wajahnya. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 10 berbunyi:-"Dalam hati mereka ada penyakit dan penyakit itu selalu ditambah oleh Allah dan bagi mereka seksa yang amat pedih, disebabkan mereka telah berdusta."Didalam tubuh terletak hati, didalam hati terletak nyawa, di dalam nyawa terletak rahsia, disebalik rahsia itulah Allah, sehingga didalam Hadith Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:"Manusia adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsia manusia beserta sifat-sifatKu"

"Yang membezakan muslim dengan kafir adalah meninggalkan solat."
Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Ashabus Sunan keduali An-Nasa'i. Dari Buraidah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

"Janji setia diantara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa yang meninggalkan solat maka dia adalah kafir."
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashabus Sunan. Dari Abdullah bin Amr dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau pada suatu hari mengingatkan tentang sholat dan berkata :

"Barang siapa yang menjaga sholat maka ia akan mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan di Hari Kiamat, dan barang siapa yang tidak menjaga solatnya maka dia tidak akan mendapatkan cahaya, petunjuk dan keselamatan, dan pada Hari Kiamat dia akan bersama Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubay bin Khalaf."(Diriwayatkan oleh Ahmad, Ath-Thabarani dan Ibnu Hibban dengan sanad yang baik, jayyid.)
Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :
"Aku perintahkan untuk membunuh manusia sampai mereka mengucapkan dua kalimat syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, maka siapa saja yang menjaganya maka darah dan hartanya akan terjaga dalam naungan Islam, dan Allah Azza wa Jalla akan menghisab mereka." (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Banyak umat yang mengaku muslim namun dalam kehidupan sehari-hari sering meninggalkan sholat. Padahal kedudukan sholat dalam Islam merupakan ibadah terpenting, dimana sholat itu merupakan tiang agama, sebagaimana hadits Rasulullah SAW :

"Urusan yang paling utama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, serta puncaknya adalah jihad di jalan Allah".
Bahkan solat juga merupakan ibadah paling pertama yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab kelak di Yaumul Akhir, hal tersebut seperti yang ditegaskan dalam hadits Rasulullah SAW :
"Amalan seorang hamba yang paling pertama dihisab dihari Kiamat adalah solat, jika solatnya baik maka baik pula seluruh amalannya,dan jika shalatnya rusak maka rusak pula seluruh amalannya." (HR.Ath-Thabarani)
Solat juga menjadi wasiat terakhir yang diucapkan Rasulullah SAW untuk umatnya sebelum beliau wafat, dalam wasiatnya berkata :
"Jagalah solat, jagalah solat, dan jagalah sumpah-sumpah kalian."
Solat juga menjadi ibadah terakhir yang akan hilang dalam Islam; jika ia telah lenyap maka hilanglah Islam, sebagaimana hadits Rasulullah SAW :

"Kelak akan putuslah ikatan Islam sedikit demi sedikit, setiap satu kali putus maka manusia akan bergantung kepada tali yang lainnya, dan yang paling pertama putus adalah hukum Islam, dan yang paling terakhir adalah solat."
Sesungguhnya dengan kita mendirikan sholat kita ikut menjaga agama, dan kita diperintahkan untuk menjaga sholat dalam keadaan bermukim atau berpergian, dalam keadaan aman maupun ketakutan. Allah SWT berfirman :

"Peliharalah segala shalat(mu), dan (peliharalah) sholat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu'. Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), solatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah : 238 - 239)
Jangan sampai malaikat Nakir marah dan mengancam kita karena mengabaikan solat dan menyia-nyiakannya, sebagaimana firman Allah SWT :

"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan." (Maryam : 59)
Selanjutnya dalam ayat lain ditegaskan :

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al-Ma'un : 4 - 5)Jika seseorang dengan sengaja meninggalkan atau mengingkari kewajiban solat, maka dia termasuk orang-orang kafir dan telah keluar dari agama Islam, dan itu telah menjadi kesepakatan umat Islam. Bagi seorang yang meninggalkan solat, dan dia tetap beriman dan meyakini bahawa solat itu wajib; ia meninggalkan solat kerana malas atau sibuk tanpa adanya alasan syar'i untuk meninggalkannya, maka dalam keadaan demikian, pada beberapa hadith dengan tegas menghukum bahwa orang tersebut juga kafir dan wajib dibunuh.  Jadi, 17 rakaat solat fardhu tambah 3 rakaat solat sunat witir, jadilah sifat 20. Itulah sifat 20 Allah.Dengan sengaja Allah menjadikan lembaga yang indah iaitu manusia atau insan untuk menutupi rahsiaNya. Jadi, sengaja Allah menciptakan manusia dengan sebab untuk memperkenalkan kekuasaanNya, kebesaranNya dan kejayaanNya. Sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang membawa maksud:"Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"Inilah yang sebenarnya hakikat solat. Kemudian, marilah kita renungkan sejenak Surah Al-Ma'un, ayat 4-5 yang bermaksud:"Celakalah mereka yang solat tetapi dalam fikirannya berjalan ke mana-mana".

REFERENCES

1. Hal Antum Muslimun? Islamkah Kamu? Ustazah Yus Fatihah Md. Yusof, Nov 2002, WFH Marketing and Services Sdn Bhd.

2.  Kemuliaan Sholat. Dirujuk pada 18th Sept 2013. https://www.facebook.com/pages/Kemuliaan-Sholat/271479455379

Sunday, 15 September 2013

What's Nearer to You than Akhirah?

Spend some time and read this please..


Imagine...


Did you ever stop for a while and ask yourself, "What's going to happen to me on the first night in the grave?"


Think about the moment when your body is being washed and then prepared in the shroud before going to your grave. Wishing you could scream to those people who are not being gentle with your body. Screaming your heart's out!

Think about the day when people will be carrying you to your grave and when your family crying over your death.

Think about the moment when you are slowly being placed in your grave... just imagine yourself in your grave .. down there in the darkness, all alone ... terrified and you wish you could cry for help... but? Wish for another day to live so you could pray your solat.

When it is too narrow that your bones are being squeezed, you started to regret missing the 5 daily prayers.. you regret listening to musics, you regret not wearing Hijab, you regret wasting your time with vain talks and deeds, you regret not racing towards repentance, you regret ignoring Allah's orders but no escape... What's diverting you away from doing the righteous deeds but yourself? Fight it for it will be the greatest of jihad.

Indeed, you are alone with your deeds, no money, no jewelries, no big houses. Nothing that in this world that has kept you proud... only ur deeds.

May Allah Subhanahu Wa Ta'ala protect us all from the punishment of the Grave ... Ameen.

Recite much Surah Mulk (67) In Shaa Allah!

Death is nearer to you than your birthdays and Akhirah. And everyone has to die (3:185).

The question is....Are YOU prepared?

Apologies if you feel offended by this reminder.. as we can only remind each other, and we can't change others.