Translate This Page!

Thursday 12 May 2016

Murtadkah Kita? (Did we become a Murtid?)

Merujuk kepada Surah Al-Baqarah (2:132)"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". Ayat 86-89,"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu."

Dari Surah ‘Ali –‘Imran (3:102) "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." 

Dan Surah An-Nisa’(4:136) "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."  

Setiap yang beriman wajib memelihara imannya agar selamat, dari perkara-perkara yang merosakkan imannya. Dan apabila berlaku perkara2 yang menyebabkan rosaknya iman, maka murtadlah jadinya.

Iman batal diatas TIGA cara; PERTAMAMURTAD DENGAN IKTIKAD /KEPERCAYAAN:-

i)       Bahawa alam ini Kadim (kekal) atau ianya terjadi sendiri. Bukan Allah yang menjadikan
ii)      Bahawa Allah itu baharu sama seperti makhluk, punya sifat yang sama dengan sifat2 makhluk yang baharu
iii)     Bahawa apa2 yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam itu bohong dan tidak benar.
iv)     Bahawa tidak ada dosa dan pahala. Tidak ada syurga dan neraka, tidak ada kiamat dan hari kebangkitan. Tidak ada hisab amalan dan sebagainya.
v)     Bahawa roh orang yang mati berpindah2, dari satu jasad ke satu jasad yang lain.
vi)    Bahawa semua agama sama saja, atau ia percaya agama kafir lebih baik dan mudah dari agama Islam
vii)   Berbalik2 hati samaada hendak menjadi kafir atau terus kekal dalam agama Islam

Cara KEDUA, MURTAD KERANA PERKATAAN.  Dengan mencaci, menghina, mengherdik, mempersenda, merendah2kan nama2 Allah, sifat2nya, malaikat2nya, kitab2nya, rasul2nya. Juga menjadi murtad kerana perkataannya yang menolak mana2 hukum yang telah sah dalam Al-Quran, atau Hadith.

Contohnya dengan mengatakan;
  1. “Hukum apa ni” Bila diberitahu orang murtad wajib dihukum pancung oleh pemerintah, setelah dinasihati untuk bersyahadah, agar kembali kepada Islam dalam masa 20 hari, tetapi ia enggan untuk kembali kepada Islam. Hukum ini bersabit dengan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
  2. “Hukum ini sudah lapuk. Sekarang ni kita hidup dizaman maju, wanita tidak perlu dibungkus. Riba, kalau diharamkan, terhalanglah kemajuan.”
  3. “Minum arak untuk sihat badan, senang beribadah,boleh, tidak haram”
  4. “Kalau hendak sangat dengan Islam, sampai bilapun tidak akan maju”
  5. “Berjudi, kalau masing2 rela menerima untung ruginya, apa salahnya”
  6. Bila diberitahu, dari antara Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, apabila selesai makan, sunat menjilat sisa makanan dijarinya,”Ini tidak beradab” atau “Eee, geli aku” katanya.
  7. Membaca mana2 ayat Al-Quran, atau Hadith Nabi, atau berselawat keatas Nabi, atau menyebut mana2 hukum Islam, sebagai persendaan, bukan untuk dipatuhi, atau bukan untuk tujuan beribadah kepada Allah Ta’ala.
  8. “Haa…. Dengar tu,… Si pulan sudah mula melalak.” Sewaktu mendengar Adzan dilaungankan.
  9. Menuduh seorang Muslim itu kafir. Tanpa bukti yang jelas sebab kafirnya
  10. Seseorang yang diberi peringatan untuk jangan mencuri, jangan minum arak, jangan berzina, nanti jadi kafir. Dikatanya “Lantaklah, kafir, kafirlah.” Maka, ia jadi kafir dengan kata2nya.

KETIGA; Murtad Dengan Perbuatan;
  1. Melakukan penghormatan kepada mana2 makhluk, yang hanya dikhususkan untuk beribadah kepada Allah sahaja, seperti sujud atau sekurang2nya rukuk yang sah dalam sembahyang.
  2. Melakukan ibadah terhadap mana2 makhluk, yang disembah oleh orang2 kafir, atau turut serta melakukan ibadah yang dilakukan oleh orang2 kafir.
  3. Perbuatan menghina, dengan meletakkan ayat2 suci, atau hadith2 nabi, atau nama2 Allah, atau Rasul2nya, atau Malaikat2nya, atau kitab2nya, ditempat najis , atau kotor, dengan tujuan menghina. Kalau bukan tujuan menghina pun hukumnya tetap haram.
  4. Perbuatan meninggalkan amalan fardhu, seperti salat, puasa bulan Ramadan dengan mengingkari wajibnya.

CARA UNTUK KEMBALI KEPADA ISLAM SEMULA:-
  1. Melafazkan dua Kalimah Syahadah. Lebih baik difahamkan maksud kalimah tersebut, jika tidak dalam Bahasa Arab, memadai dengan menyebut mengikut bahasanya sendiri.
  2. Kepada yang kafir yang berfahaman bahawa, kerasulan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, hanya untuk bangsa Arab sahaja, hendaklah ditambah dengan pengakuan bahawa; kerasulan Nabi sallallahu alaihi wasallam ialah untuk semua umat manusia.
  3. Kepada orang2 kafir, kerana murtad, dengan mana2 sebab yang diterangkan diatas, hendaklah ditambah dalam pengakuannya; Bahawa ia bertaubat dari mengulangi perkara yang menyebabkan ia menjadi murtad.

Semoga Allah memelihara IMAN kita, dengan memberikan taufiq dan hidayahnya… Aameen.


RUJUKAN
Mastika Hadith, Jilid (1), Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. (Diluluskan oleh, Tun Abdul Razak bin Hussein – 3 September 1973).