but NOT from TOP and BELOW... find out WHY? (to be translated to English, in shaa'Allah)
Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah S.W.T. dengan iblis yang dihukum oleh Allah... Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia... Hal tersebut tercatat dalam Surah Al A’raf ayat 16-17 berikut ini:
Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau telah menghukum saya sesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka.. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).’”... (Surah Al A’raf : 16-17)
Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita... TETAPI, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang dipetik dari tafsir Al-Fakhrur-Razy berkata:
“Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka para MALAIKAT menjadi kasihan terhadap manusia, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?” Maka Allah Azzawajalla berfirman, bahawa manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh rendah hati, atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh khusyu’, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)
Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat Allah turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu Katsir III/394-395)...
Oleh kerana itu IMAN adalah senjata kita... BERSUJUD DAN BERDOA'LAH, disamping kita berusaha, mohon berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk itu...
No comments:
Post a Comment