Translate This Page!

Sunday 15 March 2015

SYIFA WANITA: Barah Paru-paru


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah Radiallahu Anhu, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasalam ada bersabda maksudnya:
"Tidaklah ada suatu musibah menimpa orang muslim melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya, sehingga walaupun hanya duri yang menusuknya" (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Manakala dalam kitab tafsir Al-Fakhrurazi pula ada menyebutkan bahawa sakit itu sebagai salah satu bentuk balasan iaitu akibat daripada kesalahan atau dosa yang telah dilakukan di dunia. Oleh itu setiap balasan yang tidak diterima di dunia, maka pembalasan itu adalah kifarah iaitu penebus bagi dosa tersebut.

Adapun hikmah sakit yang lain pula ialah sebagai peringatan kepada orang yang lalai dan leka supaya mereka ingat kepada Allah Subhanahu Wataala. Kadangkala semasa sihat seseorang itu mudah dilalaikan dengan urusan duniawi, tanpa disedari mereka sering lupa akan kewajipan dan ibadah. Maka Allah Subhanahu Wataala pun mengujinya dengan suatu penyakit untuk membuatnya ingat dan sedar akan kelalaian dan kesalahan yang telah dilakukannya.

Sesungguhnya membaca ayat Al-Quran adalah antara cara terbaik untuk merawat penyakit, samada rohani mahupun jasmani. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Isra' ayat 82 tafsirnya:

"Dan kami turunkan daripada Al-Quran suatu penawar bagi penyakit rohani dan jasmani dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim (orang-orang kafir) selain kerugian"
Adapun di antara ayat-ayat Al-Quran yang lazim dijadikan sebagai jampi atau rukyah dalam merawat sakit ialah basmalah, surah Al-Fatihah, surah Al-lkhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Bahkan surah Al-Fatihah, surah Al-lkhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas dan ayat Kursi merupakan ayat-ayat Al-Quran yang sering dibaca dan baik untuk diamalkan sebagai ayat pelindung diri.

Manakala antara doa yang pernah diajarkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam ialah:
"Aku memohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan pemilik arasy yang agung, supaya menyembuhkan penyakitmu"
Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam mengajarkan supaya membaca doa tersebut sebanyak tujuh kali. Jika kita membacanya kepada pesakit yang belum lagi sampai ajalnya, nescaya akan sembuh penyakit si pesakit itu.

Surah Al-Anbiya ayat 83-84 tafsirnya:
"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika dia berdoa kepada Tuhannya. Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan engkau adalah maha pengasih daripada sekalian yang pengasih. Maka kami perkenankan doanya lalu kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta kami kurniakan kembali kepadanya sejumlah keluarganya seperti sebelumnya dan bahkan kami lipat gandakan bilangan mereka sebagai suatu rahmat dari sisi kami dan peringatan bagi orang-orang yang sentiasa beribadah kepada kami"

RAWATAN
Letak tangan kanan pada dada kiri dan baca selepas Al-Fatihah dan Ayatul Kursi.




Mana yang elok, kita amalkan. Allah Maha Mengetahui (Wallahu’alam). Usaha berterusan dari kita, kuasa penyembuhan dari Allah Ta'ala semata Subhan'Allah kerana pengamal perubatan Islam hanya boleh membantu setakat beri nasihat dan bacaan-bacaan tertentu, selebihnya usaha dari kita dengan meminta dari Allah Ta'ala.

RUJUKAN
1) Syifa Wanita oleh Ustaz Sharhan Shafie, 13 Februari 2015, TV9, 11.00 pagi.2) Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam, http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=603, Diakses pada 16 Mac 2015. 

No comments: