Translate This Page!

Sunday 15 March 2015

SYIFA WANITA:Ilmu Hitam


Kewajiban menuntut ilmu ini ditegaskan dalam hadith Nabi sallallahu alaihi wassalam, iaitu :

رواه إبن عبد البر)) طَلَبُ اْلعِلْمَ فَرِيْضِةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَ مُسْلِمَةٍ 

Ertinya : "Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin dan muslimat”(HR. Ibnu Abdil Bari)

Tetapi, ada diantara kita yang mencari ilmu bukan untuk redha Allah, sebaliknya mengundang unsur-unsur shirik.

Tanda-tanda
- jampi-jampinya tidak difahami
- jampi bukan dari ayat-ayat Al-Quran atau Hadith
- punya unsur-unsur shirik dan menyimpang dari agama
- pengamal suka mengamalkan maksiat
- ada amalan-amalan tertentu seperti asap azimat, asap keris dan sebagainya.
- ada amalan menurun (perubatan tradisional) - kerasukan dengan suara atau watak yang berlainan dimana jin meresap kedalam tubuh pengamal tersebut sambil berkata-kata.

Rawatan
1) Bacaan Al- Fatihah
2) Bacaan Ayatul Kursi
3) Surah Al-Baqarah (2:32) - tarik nafas, lepas dan tenangkan fikiran, fokus pada ayat penyembuhan (maksudnya, fahamkan maksud ayat tersebut dan sematkan dalam hati), letak tangan kanan pada dada sebelah kiri dan baca.



Mana yang elok, kita amalkan. Allah Maha Mengetahui (Wallahu’alam). Usaha berterusan dari kita, kuasa penyembuhan dari Allah Ta'ala semata Subhan'Allah kerana pengamal perubatan Islam hanya boleh membantu setakat beri nasihat dan bacaan-bacaan tertentu, selebihnya usaha dari kita dengan meminta dari Allah Ta'ala.

RUJUKAN
Syifa Wanita oleh Ustaz Sharhan Shafie, 6 Februari 2015, TV9, 11.00 pagi.

No comments: