Translate This Page!

Sunday 15 March 2015

SYIFA WANITA:Sihir Perniagaan


Terjadi kerana adanya iri hati dengan perniagaan yang laris milik orang lain.

Tanda-tanda
- pelanggan yang ramai (dipanggil melalui sihir)
- pekerja-pekerja suka berkelahi
- makanan cepat basi atau rosak
- orang tak nampak kedai atau tak minat hendak melangkah masuk
- mimpi sesat dalam hutan (hidup bermasalah)

Cara-cara - guna pelaris mudah iaitu, beri layanan yang elok kepada pelanggan, senyuman dan amalkan membaca doa berikut (ianya juga doa yang kita selalu amalkan bila nak keluardari rumah.



Ayat Pemanggil Rezeki



Jenis-jenis sihir dan cara rawatannya
1) Jika dilihat sihir yang babitkan beras kunyit/ guna kotoran haiwan, semasa membuka pintu premis perniagaan untuk mula berniaga, atau dalam perjalanan ke tempat perniagaan, hendaklah membaca doa keluar dari rumah seperti diatas bersama ayat dari Surah Hud (11:57).



2) Jika sihir dituju pada jasad, baca ayat dari Surah As-Saffat (37:7), letak tangan kanan pada dada kiri semasa membaca.




Mana yang elok, kita amalkan. Allah Maha Mengetahui (Wallahu’alam). Usaha berterusan dari kita, kuasa penyembuhan dari Allah Ta'ala semata Subhan'Allah kerana pengamal perubatan Islam hanya boleh membantu setakat beri nasihat dan bacaan-bacaan tertentu, selebihnya usaha dari kita dengan meminta dari Allah Ta'ala.

RUJUKAN
Syifa Wanita oleh Ustaz Sharhan Shafie, 20 Februari 2015, TV9, 11.00 pagi.

No comments: