Translate This Page!

Sunday 15 March 2015

SYIFA WANITA: Barah

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan." (Hadis Riwayat Bukhari)
Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.
Gambar1: Daun semalu (touch me not)
Daun semalu (touch me not) digunakan untuk rawatan penyakit bengkak seperti bisul, jerawat dan barah.

RAWATAN
Gambar2:Sarang Angkut-angkut
1) Ambil sarang angkut-angkut bersama TUJUH pelepah daun semalu dan air zam-zam (ditumbuk sehingga lumat). Dibacakan ayat-ayat dari Surah al-Isra (17:82) dan Surah Al-Anbiya(17:83) semasa menumbuk kedua-dua bahan tersebut.



2) Sapu pada tempat bengkak/ barah pada badan pada waktu pagi, siang dan malam sambil membaca selawat shifa. In Shaa Allah.

Mana yang elok, kita amalkan. Allah Maha Mengetahui (Wallahu’alam). Usaha berterusan dari kita, kuasa penyembuhan dari Allah Ta'ala semata Subhan'Allah.

RUJUKAN
Syifa Wanita oleh Ustaz Sharhan Shafie, 30 Januari 2015, TV9, 11.00 pagi.

No comments: